JULAI 2022

Teks Ucapan Yab Premier Sarawak Sempena Sambutan Hari Sarawak


TEKS UCAPAN YAB PREMIER SARAWAK 

SEMPENA SAMBUTAN HARI SARAWAK PADA 22 JULAI 2022 DI SIBU, SARAWAK. 

A.  UCAPAN KEPADA TUAN YANG TERUTAMA 

Assalamuaalaikum  warahmatullahi wabarakatuh,  

1. Tuan Yang Terutama, Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Haji Abdul 

Taib Mahmud dan,  

2. Yang Amat Berbahagia, Toh Puan 

Datuk Patinggi Hajjah Ragad Kurdi Taib.  

3. Bagi pihak rakyat sekalian, kola menjunjung kasih dan mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Tun 

dan Toh Puan di atas keberangkatan bersama rakyat sekalian untuk meraikan Hari Sarawak pada malam yang berbahagia ini, 22 Julai 2022.  

4. Tun merupakan tokoh yang telah melihat semuanya berlaku dan menyumbangkan jasa dan bakti kepada Sarawak sejak mula menganggotai kabinet pertama Sarawak pada 1963 setelah Sarawak diberi kuasa self-government oleh pihak British. 

5. Seperti umum sedia maklum Tun juga telah berkhidmat di beberapa kementerian di peringkat Persekutuan daripada tahun 1968 hingga 1981. Setelah menyumbangkan khidmat bakti selama 13 tahun di peringkat Persekutuan Tun telah kembali ke Sarawak pada 1981 dan menjadi anak Sarawak ke-empat yang mewarisi kuasa self-government sebagai Ketua 

Menteri.  

6. Dengan kuasa yang ada untuk mentadbir negeri, Tun dan rakan-rakan dalam kabinet mulai tahun 2006 telah mengorak langkah untuk membawa Sarawak daripada sebuah ekonomi pertanian kepada era ekonomi yang lebih moden melalui dasar perindustrian berasaskan penggunaan tenaga yang intensif di bawah SCORE (Sarawak Corridor of Renewable Energy).  

7. Sarawak amat bernasib baik dengan keberadaan tokoh seperti Tun yang terbukti berpandangan jauh dalam usaha untuk meletakkan Sarawak di persada pembangunan moden, lebih-lebih lagi dengan pembangunan tenaga boleh diperbaharui yang dijana oleh kuasa hidro. Asas kukuh yang sudah terbina pada era Tun ke arah kelestarian sumber negeri ini jelas selari dengan tumpuan dunia pada masa ini ke arah dekarbonisasi dan ekonomi hijau. Kola, sebagai Ketua Kerajaan Tun amat menyanjungi kebijaksanaan Tun dengan pelaksanaan dasar pembangunan yang meninggalkan impak yang amat mendalam dan jauh ke hadapan terhadap ekonomi negeri ini yang diwarisi oleh generasi selepas Tun.  

8. Sebagai pewaris kuasa mentadbir negeri ini, Kola bagi pihak rakan-rakan dalam Kabinet, ingin memberi jaminan bahawa kami akan berusaha sedaya upaya untuk meneruskan usaha membangunkan Sarawak sehingga menjadi negeri maju berpendapatan tinggi menjelang 2030, 

Insyallah.  

9. Kola bersama rakyat jelata berdoa agar Tun yang kini menjadi payung keharmonian dan kemakmuran Sarawak, serta Toh Puan, sentiasa berada dalam keadaan sihat walafiat dan dipelihara oleh Allah SWT.  

10. Tun, sekarang kola memohon untuk berucap kepada hadirin sekalian. [SALUTATION] 

• YB Timbalan-Timbalan Premier Sarawak 

• YB Speaker Dewan Undangan Negeri, Tan Sri Datuk Amar Haji Mohd Asfia Awang Nassar 

• YB Dato Sri Hajjah Fatimah Abdullah, Menteri Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti, Selaku Pengerusi Jawatankuasa Pengelola 

• YB Menteri-Menteri Persekutuan dan Sarawak 

• YB Timbalan-Timbalan Menteri Persekutuan dan Sarawak 

• YB Ahli-Ahli Parlimen dan Dewan Undangan Negeri 

• Ketua-Ketua Masyarakat dan Ketua-Ketua Kaum  

• Tuan-Tuan dan Puan-Puan yang saya hormati 

Assalamuaalaikum, Salam Sejahtera dan Salam Sarawakku Sayang.  

B.  KEKANGAN AKIBAT COVID-19 

1. Pertamanya, saya ingin mengucapkan tahniah kepada orang-orang Sibu yang menjadi tuan rumah kepada Sambutan Perayaan Hari Sarawak pada tahun ini ketika Sarawak berada pada transisi ke fasa endemik COVID-19.  

2. Pertama sekali saya ingin mengucapkan terima kasih atas kehadiran dif-dif kehormat dan hadirin sekalian yang telah menyahut undangan untuk hadir pada majlis yang begitu ceria lagi penuh dengan makna sempena sambutan memperingati Hari Sarawak pada 22 Julai. Selamat menyambut Hari Sarawak 2022 kepada semua yang hadir dan kepada seluruh rakyat Sarawak.  

Tuan-Tuan dan Puan-Puan yang saya 

hormati, 

3. Sarawak agak berjaya dalam usaha menangani COVID-19. Program pemberian vaksin yang agak menyeluruh telah menjadi benteng yang kuat untuk mengurangkan jangkitan dan kes-kes kematian sehingga mampu beralih ke transisi sebelum fasa endemik. Saya mengucapkan setinggi penghargaan dan terima kasih kepada SDMC dan semua agensi yang terlibat untuk menangani pandemik COVID-19 sejak tercetus wabak COVID-19 di Sarawak mulai Mac 2020.  

C.  SIGNIFIKAN HARI SARAWAK   

4. Pada tahun ini dengan transisi kepada fasa endemik kita boleh mengadakan perayaan yang lebih besar untuk memperingati peristiwa bersejarah Anak Sarawak diberi kuasa untuk mentadbir negeri sendiri genap 59 tahun yang lalu pada hari ini.  

5. Sejak 100 tahun pemerintahan keluarga Brooke, diikuti penaklukan oleh Jepun dan seterusnya penyerahan Sarawak kepada pentadbiran British, negeri ini tidak pernah mempunyai Kerajaan yang ditadbir oleh anak Sarawak sendiri sebagai Ketua Kerajaan. Oleh itu, amat signifikan sekali tarikh 22 Julai 1963 diperingati sebagai titik permulaan Sarawak mempunyai kuasa untuk ditadbir oleh anak Sarawak sendiri apabila mendiang Tan Sri Datuk Amar Stephen Kalong Ningkan dilantik sebagai Ketua Menteri pertama Kerajaan Sarawak. 

6. Sesungguhnya, Hari Sarawak yang kita rayakan pada tiap-tiap tahun menjadi titik penyatuan rakyat Sarawak untuk mengejar impian menjadikan Sarawak sebuah negeri yang maju menjelang 2030. Saya sedar tentang polemik mengenai pengertian dan interpretasi yang berkisar tentang Hari Sarawak. Namun, apa yang lebih penting ialah semangat seluruh Anak Sarawak untuk memakmurkan Sarawak sesuai dengan tema sambutan “Sarawak Makmur” dalam apa jua kapasiti dan peranan tanpa mengira latarbelakang agama dan kaum.  

Tuan-tuan dan Puan-Puan yang saya hormati, 

D. MALAYSIA AGREEMENT 1963 

7. Kita sedia maklum bahawa peristiwa penyerahan kuasa self-government kepada Sarawak pada 22 Julai 1963 telah diikuti oleh penubuhan Malaysia pada 16 September 1963 berasaskan Perjanjian Malaysia 1963 atau MA63.   

8. Kita semua juga sedia maklum bahawa perjanjian antara Kerajaan British, Persekutuan Tanah Melayu, Sarawak dan Sabah (North Borneo), termasuk Singapura, pada 1963 adalah asas kepada penubuhan Malaysia yang diiktiraf oleh Bangsa-Bangsa Bersatu atau United Nations.  

9. MA63 is a sacred agreement that cannot be changed or diluted in any way and in whatever form. What our Sarawak leaders had included then as provisions in the agreement as part of Malaysia were what they considered as necessary to protect the rights and interests of Sarawak and its people during their time, during our time and after our time. For instance, our rights as embodied in the Oil Mining Ordinance 1958 (OMO 1958) obviously existed before 1963, was never repealed, and shall always be enforced, and thus giving us the power over our onshore petroleum resources. 

10. Parliament recently passed amendments to recognise MA63 as fundamental to the constitutional relationship between the parties forming 

Malaysia and the equal status of the parties.  Suggestion for MA63 to be changed should not have been made at all, more so when some of the existing rights and privileges of Sarawak have either been eroded or yet to be honoured after 59 years. The only thing left to do is for the Federal Government to fully honour the agreement of the founding fathers of this nation in the spirit of Keluarga Malaysia, and not dragged its feet.    

Tuan-tuan dan Puan-puan yang saya hormati, 

E.  POST COVID-19 DEVELOPMENT STRATEGY (PCDS 2030) 

11. Sebagai sebuah Kerajaan yang dan berpandangan jauh dan bertanggungjawab memberi pengisian yang bermakna kepada kuasa self-government yang kita samasama raikan, Kerajaan GPS telah merangka strategi untuk memulihkan ekonomi Sarawak pasca COVID-19 melalui Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 2030 atau PCDS 2030. PCDS bukanlah berasaskan kepada pemikiran di pihak kerajaan sahaja kerana pihak swasta dan korporat juga terlibat dalam penggubalannya menerusi Sarawak Economic Action Council (SEAC).  

12. PCDS 2030 telah memberi penekanan kepada pembangunan sektor-sektor ekonomi yang berpotensi tinggi dalam iklim ekonomi selepas COVID-19, khususnya tumpuan dunia terhadap Matlamat 

Kelestarian Pembangunan atau Sustainable Development Goals (SDG) di bawah kelolaan Bangsa-Bangsa Bersatu.  

13. Antara sektor yang diberi tumpuan ialah sektor pertanian dan pengeluaran makanan yang memenuhi standard antarabangsa untuk pasaran di luar Sarawak, termasuk melalui Singapura sebagai platform untuk menembusi pasaran serantau dan dunia. Baru-baru ini saya telah mengetuai rombongan ke Singapura di mana Sarawak mempunyai pejabat, atau STATOS, untuk mempromosikan sektor pelancongan dan perdagangan antara 

Sarawak dan Singapura.  Ketika di sana saya telah berjumpa dengan Perdana Menteri Singapura dan juga berberapa orang menteri lain untuk memperkukuhkan kerjasama perdagangan antara Sarawak dan Singapura, terutama sekali dalam bidang pengeluaran makanan.  

Tuan-tuan dan Puan-puan yang saya hormati, 

14. Era Pasca COVID-19 menyaksikan dunia melangkah ke era ekonomi yang digalas oleh transisi kepada sumber tenaga baharu sebagai komitmen sejagat ke arah kelestarian untuk membina ekonomi hijau dan menangani perubahan iklim dunia. Selaras dengan komitmen sejagat ini PCDS 2030 telah digubal untuk merangkumi ekonomi yang diasaskan kepada tenaga hijau, khususnya hidrogen.   

15. Sarawak telah bermula lebih awal untuk meneroka potensi gas hidrogen sebagai sumber tenaga tanpa emisi dengan tujuan untuk membina ekonomi yang berasaskan hidrogen. Usaha yang disalah ertikan dan diperlekehkan oleh sesetengah pihak pada mulanya, kini nampaknya kini selari dengan perlumbaan di seluruh dunia untuk menghasilkan tenaga hijau.  

16. Dengan sumber yang banyak seperti air dan tenaga hidro Sarawak mempunyai potensi cukup besar untuk menjadi hub ekonomi hidrogen di rantau ini, dan sudahpun pelabur-pelabur dari negara seperti Korea dan Jepun mengesahkan pelaburan mereka di Bintulu untuk mengeluarkan hidrogen dan ammonia.  

17. PCDS 2030 juga membuka laluan kepada ekonomi yang digalas oleh dasar pengurangan karbon atau decarbonisation yang menjurus kepada pembangunan stok karbon, carbon trading dan Carbon Capture Utilisation dan Storage (CCUS) selaras dengan perkembangan di peringkat global. Bagi menyediakan asas perundangan Kerajaan telah membuat pindaan kepada Ordinan Perhutanan Negeri dan Kanun 

Tanah Negeri baru-baru ini agar Sarawak mempunyai kapasiti untuk terlibat secara serius dalam proses pengurangan karbon dan perlaksanaan ekonomi hijau.  

Tuan-tuan dan Puan-puan yang saya 

hormati, 

(F) PENUTUP 

18. Adalah menjadi komitmen Kerajaan GPS sebagai sebuah Kerajaan yang bertanggungjawab untuk menjaga dan mengembalikan hak Sarawak yang terhakis untuk terus berusaha supaya MA63 dihormati dan dilaksanakan seperti yang dipersetujui oleh pemimpin-pemimpin terdahulu. Sebagai ketua Kerajaan Sarawak saya menyeru kepada pihak Persekutuan supaya perundingan seterusnya mengenai MA63 dipermudahkan untuk kebaikan negara keseluruhannya.   

19. Dari segi perkembangan ekonomi, era pasca COVID-19 melahirkan cabaran baharu kepada ekonomi sejagat ke arah menangani perubahan iklim dunia dan ekonomi yang berbentuk lestari. Kerajaan GPS pimpinan saya melihat cabaran ini sebagai peluang untuk membangunkan sumber kekayaan baharu untuk Sarawak dan rakyatnya.   

20. Sebagai mengakhiri ucapan, sekali lagi saya ingin merakamkan setinggi-tinggi terima kasih dan penghargaan kepada Tun dan Toh Puan yang sudi hadir bersama rakyat jelata untuk memeriah dan memberi lebih makna kepada majlis memperingati Hari Sarawak pada malam ini.  

21. Tahniah kepada Jawatan Kuasa Pengelola di bawah pimpinan Dato Sri Fatimah yang telah membuat persediaan yang rapi untuk menjayakan majlis yang penuh keceriaan pada malam ini.  

22. Sekian, wabilahhi taufik walhidayah assalamualaikum warahmatulahi wabarakatuh.

Sumber dari : Sarawakku